Saturday, January 17, 2026

KEJAYAAN SUKAN PAHANG

Sebagai ketua ISN Pahang, aku mempunyai cita-cita besar untuk mengembling tenaga bagi menaraju negeri Pahang berada ditempat teratas dalam arena sukan. Hal ini telah dirancang dengan teliti, melalui program halatuju negeri. Aku cuba sedaya upaya merangka program tahunan, bulanan, mingguan malah rutin harian untuk organisasi dibawah penyeliaan Dato KP ISN dan pegawai bertugas untuk memastikan Pahang maju kehadapan dalam sukan. 

Terima kasih juga kepada para pegawai bertugas yang berganding bahu untuk membawa misi berat ini, mereka yang menjadi tulang belakang pasukkan ketika itu Encik Hafiz pegawai suaian fizikal, Puan Hafizah pegawai psikologi, Encik Razlan dan Encik Shukor Pegawai Fisioterapi, Encik Freddy Pembantu Pegawai Sukan dan Puan Rosnah selaku kerani. Terima Kasih atas komitmen selama ini.

Pelbagai aktiviti yang kami rancangkan, antaranya pencarian atlet berbakat dari seluruh negeri, program latihan dan sains sukan untuk para atlet. Para pegawai turun padang ke daerah-daerah untuk melatih dan memotivasikan atlet supaya Berjaya cemerlang. Hasilnya, kami Berjaya membawa Pahang ke tempat ke 3 SUKMA Pahang 2012, dengan 123 pingat 45 Emas, 40 Perak, 38 Gangsa.Temasya ini dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur.

Tahun seterusnya, Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia dan menamatkan kemarau penantian selama 21 tahun apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam 3 November 2013. Itu adalah kemenangan yang membuatkan aku senak perut sampai kepala, bagai dapat anak baru lahir, dan membuatkan kami percaya  Pahang mampu berjaya. Selanjutnya Sekolah Sukan Pahang Malaysia Berjaya meraih banyak kemenangan yang membanggakan anak-anak Pahang, diantaranya menjadi Juara piala Remaja AFF.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan kejayaan-kejayaan yang melimpah  saat aku bergelar Ketua Institut Sukan Pahang, kini aku telah terjun ke bidang bisnes Penjagaan Bayi Najlaa dengan niat suci murni untuk menjaga kesihatan kulit kanak-kanak supaya ibu bapa tak susah hati lagi anak tidak sihat, supaya anak kecil hidup ceria gembira sejahtera menggunakan produk penjagaan bayi alami dan mesra alam Najlaa Baby Skincare. Perjuangan yang sama, mengembling tenaga meneraju kesihatan kanak-kanak ke tahap terbaik. InsyaAllah.


Monday, August 25, 2025

MEDIA : BERITA BERNAMA, NAJLAA BABY SKINCARE UNTUK KESEMBUHAN ANAK-ANAK

NOOR AZIMAH KAJI HERBA DEMI KESEMBUHAN ANAK-ANAK 

Oleh  wartawan Murni Nasri

KUALA LUMPUR (BERNAMA) – Umum mengetahui yang pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tidak hanya hebat semasa fasa kehamilan dan kelahiran sahaja kerana pengorbanan mereka yang bertitik tolak daripada anugerah rasa kasih daripada Yang Esa selalunya berterusan sehingga ke hujung nyawa mereka.

Memahami yang produk-produk yang berada didalam pasaran kebanyakkannya berbahaya kepada kesihatan anak-anak kecil, Noor Azimah Zakaria 32, menggunakan ilmu yang dituntut semasa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menghasilkan produk bayi untuk menghasilkan produk bayi untuk kegunaannya sekeluarga.

Ibu kepada empat orang anak yang berasal dari Kuala Ketil Kedah ini menghabiskan masa dan tenaga dalam mengeluarkan satu produk alami berjenama Najlaa Baby Skincare.

Produk ini pada awalnya dibangunkan untuk kegunaan anak-anaknya yang mengalami sawan tangis, eczema dan selsema berkahak yang teruk.

Perjalanan Najlaa Baby Skincare bermula selepas kelahiran anak sulung Noor Azimah pada tahun 2011.

Saturday, August 9, 2025

ISI BORANG MASUK KE TINGKATAN 1

Permohonan masuk ke Tingkatan 1 telah dibuka dan ditutup pada 7 SEPTEMBER 2025. Oleh itu bagi pelajar Tahun 6, hendaklah penjaga mengisi borang permohonan masuk ke Tingkatan 1:

1) Klik laman web ini : spskt1.moe.gov.my

2) Klik BORANG PERMOHONAN


3) Isi Mykad Pelajar dan Mykad Penjaga Utama, Log masuk

4) Klik MOHON SEKARANG dan isi semua borang. Untuk kemaskini maklumat Klik butang X dan isi semua maklumat A-D

5) AKUAN PEMOHON. Tanda right / pada semua kotak biru dan HANTAR PERMOHONAN


Siap. Terima Kasih Tuhan

Wednesday, July 16, 2025

PENGALAMAN BEKERJA SEBAGAI KETUA ISN PAHANG

Bismillah...Sebelum terjun ke bidang Bisness dan memulakan karier sebagai Founder Najlaa Baby Skincare aku Awalnya bertugas sebagai Sport Dietitian ISN Bukit Jalil pada tahun 2008. Kemudian ISN bercadang untuk membuka Pusat Satelit ISN di negeri Pahang. Memandangkan latar belakang aku yang belajar di UIA Kuantan Pahang, aku telah ditawarkan Ketua Satelit ISN, Mr Lam untuk bertukar tempat kerja pindah ke Pahang dan aku bersetuju.


Menjadi pegawai pertama yang dipindahkan ke negeri Pahang, sekaligus dilantik sebagai KS (C1) Ketua Satelit ISN Pahang. Merintis pembinaan pejabat dan juga Gymnasium ISN Pahang, sebuah pengalaman berharga. Pusat Satelit ISN Pahang bagai anak yang lahir dari diriku, pegawai kami terdiri daripada Pegawai Pemakanan, Psikologi, Fisiologi,  Suaian Fizikal (Fitness), pembantu pegawai sukan dan kerani.

Bertugas sebagai Ketua ISN Pahang aku saban tahun, merancang halatuju kerja. Kami meletakkan Objektif dan plan tindakkan secara teliti. Program tahunan, bulanan, mingguan dan jadual kerja harian, serta rekod kerja yang rapi.

Pengalaman getir bertugas sebagai Ketua ISN Pahang adalah menghadapi SUKMA Pahang. Sebagai Tuan Rumah kami menetapkan Pahang tidak boleh kalah. Bermulanya dari pencarian Atlet berbakat diseluruh negeri Pahang, latihan, kelas, pemantauan untuk para atlet. Akhirnya berjaya meletakkan negeri Pahang ditangga 3 teratas.


Jutaan Terima Kasih kepada semua rakan kerja, jurulatih atas sokongan.

Tuesday, June 10, 2025

SEJARAH NAJLAA BABY SKINCARE

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Pengasihani. Setiap produk ada sejarahnya jom ikuti cerita Kewujudan Najlaa oleh founder:

Najlaa ini asalnya produk bayi yang dihasilkan untuk anak-anak saya sendiri. Simbolik perjuangan seorang ibu. Kisahnya begini, 2011 anak sulung saya lahir dan terkena sawan tangis yang serius, menangis teruk kuat-kuat dari jam 8.00 mlm sehingga 8.00 pagi esoknya. Selama 2 bulan.

Bayangkan... Letih hanya Tuhan yang tahu. Dalam tempoh 2 bulan ini saya bertemu bermacam-macam pengamal perubatan utk merawat Najlaa. Saya belajar bermacam ilmu dengan mereka...terutamanya tentang RUQYAH... since sawan tangis ni mengikut perawat islam gangguan syaitan.

Seorang Sheikh mengajar saya membuat minyak angin yang di Ruqyah...itu lah terhasil nya Herbal Oil hari ni. Sheikh yang mengajar saya buat minyak angin ini merupakan manusia berakhlak mulia yg tidak menerima wang sebagai upah dalam merawat org sakit. Berkali kali saya berusaha memberikannya wang sebagai tanda terima kasih merawat anak saya namun…

" saya bimbang jika saya menerima wang ini... Hati saya sakit dengan cinta kepada dunia...Lalu menjauhkan saya dari Allah" Begitulah, Hebatnya... orang-orang yang menemani perjalanan wujudnya NajLaa Baby Skincare.

Seterusnya, seusia 3 bulan Najlaa mengalami eczema. Saya masa tuu tak tahu... Cream eczema yang saya gunakan Steroid... Kulit Najlaa jadi menipis, kemerahan dan Nampak urat. Bila tanya Doktor ...baru saya tahu tentang steroid. Sebelumnya saya ada belajar, namun tidak menjangka begitu sekali akibatnya.

Saya ni dietitian atau pakar pemakanan. Jadinya saya tahu...nutrien vitamin yang boleh digunakan untuk merawat Eczema atau sakit-sakit kulit. Tapi camne nak tonyoh nutrien vitamin ni ke kulit... Ambik buah sayur tonyoh ke bagaimana. Bau hanyir budak tuu

Itu saya fikir... Saya kena tahu bagaimana nak menghasilkan CREAM. Saya rujuk sana sini utk buat cream...tapi tak beberapa nak jadi elok. Lalu saya bertekad...menghabiskan ribuan ringgit belajar KOSMETIK dgn pakar kosmetik dunia masa kini Prof. Dr Rigano. Saya masih ingat...soalan Prof:

"What dietitian do in my class?"
"I do not come here as dietitian... I come here as a mother... My doter has eczema... I want to make natural cream to treat her eczema"

Kawan-kawan dalam class saya tuu...daripada jenama-jenama besar seperti Loreal, Hovid dan sebagainya. Alhamdulillah diorang banyak tolong terangkan what do and dont to produce natural produk.

Balm Najlaa merupakan produk paling popular... Dihasilkan untuk adik Najlaa iaitu Uwais Al Qarni. Uwais dijangkiti batuk selsema pada usia 3 bulan sehingga di masukkan ke hospital. Saya memang tak tabah tegok prosedur buang kahak. Allahu ... Tegok wire dimasukkan kot hidung...sedut kahak...ada darah lagi dlm wire tu. Nangisss saya... tahu Uwais sakit... tapi tak dapat tolong... Mampu teriak sama je hu hu

Malam hari bila Uwais tidur...Saya study herba-herba untuk batuk selsema... Kumpul herba dan buat balm untuk Uwais. Maka terhasil lah Baby Balm seperti hari ni. Itu lah kali terakhir anak- anak saya menghuni hospital...Alhamdulillah

Produk Najlaa bukan produk yang sengaja kita ada-adakan utk mengaut keuntungan. Produk Najlaa wujud kerna Cinta seorang ibu... Perjuangan luar biasa. Sebab tuu matlamat Najlaa Baby Skincare dan team members Najlaa pun luar biasa...membawa harapan untuk kanak2.

Itu lah SEJARAH NajLaa Baby Skincare. Produk Homemade oleh seorang Ibu yg juga merangkap sebagai Dietitian dan Cosmetic Formulator.

🌷🌷🌷

Friday, September 20, 2024

KERJAYA SEBAGAI SPORT DIETITIAN

 Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang...

Sport Dietitian adalah satu kerjaya yang bagus, kerana ia mempraktikkan ilmu pemakanan ke dalam bidang sukan untuk melahirkan para atlet yang seimbang staminanya selain membantu meningkatkan prestasi ahli sukan.

Founder Najlaa merupakan graduan sarjana Dietitian dari UIAM, kemudiannya terjun ke bidang Sport Dietitian sebagai kerjaya pertama. Bidang sukan adalah satu bidang yang mengutamakan Prestasi, oleh itu aktiviti harian sebagai Sport Dietitian adalah membimbing para atlet untuk makan dengan betul sepanjang hari dan pemakanan ketika berhadapan dengan perlawanan. 

Selain itu Sport Dietitian membuat ukuran tertentu untuk menentukan tahap stamina, jumlah lemak dan hidrasi. Bekerja dengan atlet adalah saat yang menggembirakan, kerana semua atlet berfikiran positif, "kami datang untuk menang", mereka lebih terbuka untuk mendengar nasihat dan mematuhi rutin-rutin pemakanan yang ditentukan. Saya bangga menjadi Sport Dietitian-Founder Najlaa.