Tuesday, September 10, 2024

BIOGRAFI FOUNDER NAJLAA BABY SKINCARE

Dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang...

Nickname Founder Najlaa Baby Skincare di media sosial adalah Puan Gee Alma. Nama kebanggaan itu dipetik dari nama syarikat beliau sendiri Gee Alma Nusantara. Beliau merupakan pejuang penggunaan produk semulajadi untuk kanak-kanak demi melindungi kesihatan mereka. 

Gee Alma merupakan perintis kepada industri kosmetik kanak-kanak berasaskan alam semulajadi dan merupakan pengkaji manfaat herba. Visi dan misi beliau adalah untuk mengembangkan bidang penjagaan bayi dengan menghasilkan produk kosmetik bertaraf antarabangsa menggunakan bahan semulajadi dan bebas kimia bahaya. 


Gee Alma adalah peneraju dalam gerakkan menghasilkan produk bayi yang Selamat, Berkesan berasaskan tumbuhan hijau supaya hidup kanak-kanak lebih sihat, ceria dan selamat.

Gee Alma dilahirkan di Malaysia tanggal 18 September 1985. Merupakan seorang pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Kebangsaan Agama Baling. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Dietitian dan menamatkan pengajian pada tahun 2013 dalam class tersendiri, First Degree Honour.


Gee Alma kemudiannya disunting oleh Institut Sukan Negara sebagai Sport Dietitian dibukit Jalil dan kemudiannya menjadi Ketua Institut Sukan Negeri Pahang. Dalam tempoh itu Pahang menamatkan kemarau 21 tahun, dengan menjadi Juara Piala Malaysia 2013 dan Tempat ke tiga SUKMA 2013.

Kemudiannya, atas dasar keprihatinan kepada dunia kanak-kanak, beliau melanjutkan pendidikkan dalam Course Cosmetic dibawah bimbingan Pakar Cosmetic terkenal Proffesor Dr Luigi Rigano dari Milan Itali dan mula menceburkan diri dalam bidang penjagaan kanak-kanak dengan mengabungkan ilmu pengetahun sebagai Dietitian iaitu pengetahuan tentang manfaat vitamin dan nutrients dalam menyembuhkan penyakit digabungkan dengan ilmu pengetahuan kosmetik. 

Hasilnya beliau merintis industri Produk Penjagaan Bayi Semulajadi yang dinamakan Najlaa Baby Skincare. Ianya Selamat untuk anak anda, rumah anda dan bumi ini. Alhamdulillah.



TERIMA KASIH-


No comments:

Post a Comment