Thursday, September 12, 2024

KEHIDUPAN BERAT- FOUNDER NAJLAA SEBELUM MENJADI PELAJAR CEMERLANG SPM 2002

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih...

Perkongsian oleh Founder Najlaa Baby Skincare: 

Founder Najlaa atau nama Nicknamenya Gee Alma pernah dinobatkan sebagai pelajar Cemerlang SPM 2002, dan pelajar Cemerlang Syariah dan Biologi. Disebalik kisah kejayaan tersebut terdapat satu kisah Perjuangan Kalah Mati yang dilakukan beliau untuk berjaya. Kehidupan yang menuntut Pengorbanan yang Tinggi, dan disiplin berat. Namun dari kisahnya, memberi harapan kepada semua Pelajar yang mereka mampu untuk berjaya.

Dia sebelumnya bersekolah harian dipedalaman, tinggal bersama nenek. Setelah tamat peperiksaan PMR Gee Alma dipindahkan ke sekolah berasrama Sek Men Keb Agama Baling SMKAB. Perubahan persekitaran dari tinggal dikampung ke asrama memberi kesan buruk kepada prestasi pelajaran Gee Alma. Pencapaiannya merudum, beliau sering menduduki tangga-tangga akhir dalam ujian atau peperiksaan dengan markah 24-50% dalam kebanyakkan pelajaran. Namun beliau redha dengan nasib tersebut.

Sehinggalah suatu malam pertengahan Mei 2002 pembelajaran Tingkatan 5 aliran sains, Gee Alma bagun dari tidur dan berfikir " Diatas pengorbanan dan susah payah ayah dan ibu selama ini untuk menyekolahkannya, hanyalah untuk menyaksikan kegagalan, Ini tidak betul !".  Dia harus berjaya untuk membuatkan mereka bangga mendapat anak sepertinya dan demi masa depan beliau sendiri yang cemerlang.

Dia lalu bangun dari tidur dan mula merancang kisah kejayaan SPMnya, dengan meletakkan target yang tinggi untuk mencapai 9A-11A dalam SPM. Dia menyediakan jadual hidup berdisiplin berat dan penggunaan masa yang sangat ketat. Ini kerana beliau hanya mempunyai masa 5 bulan untuk merubah hidupnya dari menduduki tangga-tangga akhir ke tangga atas.

Diantara disiplin berat yang dilakukan Gee Alma untuk bangkit dari prestasi buruk ke prestasi cemerlang adalah seperti berikut:

1) Penggunaan Masa yang teliti dan ketat:

Tempoh mandi dibilik air hanya 5 minit. Setelah 5 minit beliau akan keluar samada siap atau tidak siap mandi, kadangkala dengan buih-buih sabun. KEBAIKKAN: Ini melatih beliau melakukan sebarang kerja bagai lipas kudung, pantas.

Tempoh makan hanya 5 minit dimeja. Setelah 5 minit beliau akan berhenti makan tanpa pedulikan makanan habis atau tidak. Paling menyesalkan, apabila ada kawan-kawan ajak bersembang. Kadangkala beliau hanya menggunakan waktu 5 minit itu hanya untuk melayan mereka bercakap, tamat 5 minit, beliau bangkit dan tidak makan. 

KEBAIKKAN: Ini melatih beliau untuk Fokus melakukan sesuatu perkara dan tidak membuang masa dengan hal yang melalaikan.

2) Jadual Hidup dengan disiplin berat

Founder Najlaa merancang satu jadual belajar dan rutin harian yang ketat, untuk menghargai masa. Beliau tidur pada jam 11.00 mlm dan bangun pada pukul 1.00 pagi, dan mengkaji pelajaran pada waktu malam sehingga 6.00 pagi setiap hari. KEBAIKKAN: ketika semua orang tidur adalah waktu tenang untuk mentelaah pelajaran.

3) Sistem belajar Khusus, untuk membolehkan dia mencerna bahan bacaan, memahami dan mengingatinya. serta membantu meningkatkan fungsi otak dalam memahami pelajaran berat seperti Fizik, Kimia, Matematik Tambahan yang sebelumya pernah mencapai markah markah rendah kepada keputusan A.

4) Kepercayaan kepada Tuhan. Dia percaya hanya Tuhan yang mampu membantunya untuk keluar dari prestasi buruk pelajaran ke prestasi cemerlang. Oleh itu, dalam jadual harian Gee Alma, beliau solat 5 waktu, membaca Al-Quran saban hari serta bangun malam. Demi mendekatkan diri kepada Allah dan memohon kepada Nya.

Selain itu, beliau pergi ke sekolah seperti biasa, mengikuti semua waktu dan aktiviti yang ditentukan pihak sekolah dan asrama serta aktif melibatkan diri dalam sukan dan kadet sekolah. Kesimpulannya, semua orang mampu untuk berjaya. Dalam Al-Quran Allah berfirman, Allah akan mengubah nasib mereka yang berusaha. Oleh itu tangga setiap kejayaan adalah Usaha keras, betul dan bijak. 

-Selamat Berjaya, Terima Kasih Cikgu-cikgu SMKAB dan semua yang membantu saya untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment