Dengan nama Allah yang Maha Pengasih...
Mempunyai Rutin Hidup adalah penting oleh itu kita tidak membuang masa, berlalu tanpa sebarang manfaat. Masa lebih mahal dari emas permata, oleh itu hendaklah kita hargai dengan sebaiknya dengan merancang Rutin Hidup yang Produktif.
BAGAIMANA FOUNDER NAJLAA MERANCANG RUTIN HIDUP
1) Setiap manusia wajib mempunyai Tujuan Hidup atau Objektif Kehidupan. Didalam Al-Quran Allah berfirman : Tujuan penciptaan jinns dan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu Ibadah menjadi Skop utama dalam kehidupan harian.
Contoh: Solat 5 waktu, Membaca Al-Quran dengan tafsirnya 2-3 mukasurat, berzikir dan bertasbih mengingati Allah pagi dan petang
2) Tujuan hidup adalah untuk Sihat. Kesihatan adalah harta paling mahal. Kita boleh beli katil tebal empuk, tetapi kita tidak boleh beli tidur. Kita boleh beli istana, tetapi kita tak boleh beli kesembuhan, ketenangan, kekuatan tubuh badan. Untuk itu Founder Najlaa merancang:
- Bersenam pagi dan petang selama 1 jam.
- Makan kerana lapar, pagi 10-11am, petang 6-7pm, kudapan sepanjang hari
- Berkebun ditaman dan melakukan kerja-kerja rumah.
- Melakukan kerja-kerja produk Najlaa Baby Skincare. Produk ini membantu para bayi untuk hidup lebih sihat, ceria, selamat dengan cara penjagaan semulajadi tanpa sebrang kimia bahaya.
- Menulis nasihat baik untuk bacaan umum
- Mengemas rumah setiap hari, memastikan rumah dalam keadaan kemas dan tersusun
- Berkebun ditaman
- Memastikan keperluan ahli-ahli rumah mencukupi seperti menyediakan makanan, menonton rancangan bermanfaat, solat 5 waktu, waktu membaca buku dan sebaginya.
No comments:
Post a Comment